Saturday, February 7, 2015

Sekali Sekala Bawa Anak Bermain

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Sepanjang hari kerja kami mengemas dan menyusun atur rumah, si ayah menyediakan pejabat peribadi khas untuk saya bekerja selain menyusun atur rumah supaya nampak lebih ruang dan lebih selesa untuk anak-anak.

Menggantung perhiasan ayat-ayat Al-Quran di dinding yang masih belum sempat digantung setelah berpindah ketika sarat mengandung tidak lama dulu. Agak lambat sebenarnya, memakan masa kerana saya bersalinkan anak ke-2 sebaik sahaja berpindah dan masing-masing juga sentiasa sibuk.

Seronok bila tengok rumah kemas. Anak-anak juga ada ruangan khas bermain dan belajar. Damia siap ada khemah peribadi dibeli dari NHD BABY SHOP, sengaja saya sediakan ruangan peribadi untuk Damia.

Disebabkan kami tidak keluar seharian, saya menyediakan nasi lemak kukus lengkap dengan telur rebus dan sambal ikan bilis untuk menu sarapan pagi dan kemudiannya dibawa ke menu tengahari dengan tambahan lauk. Memasak gaya sibuk. Mulanya ingin memasak ayam masak merah, tetapi suami bimbang saya penat. Katanya malam nanti belanja makan luar. Saya diam dan menurut sahaja.

Yelah, mengemas pun sambil carry Ammar. Untungnya ada ergonomic baby carrier juga daripada kedai kami sendiri di www.nhdbabyshop.com.

Malam ini katanya nak keluar makan, tetapi apabila dah bersiap dibawanya pula ke Dataran Putra, Putrajaya. Suami sekarang sudah pandai bawa anak jalan-jalan tanpa perancangan tanpa dipinta. Sudah mula mengikut gaya saya. Seronok sebenarnya sekali sekali keluar berseronok dengan anak-anak keluar dari rutin harian. Anak-anak pun ceria sahaja. Anak yang gembira dan ceria memang matlamat kami. In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment