Thursday, February 26, 2015

Bermain-main Tetapi Terselit Pelajaran Berharga

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Kesusahan talian internet di kampung halaman saya jadikan peluang untuk bermain dan belajar bersama anak-anak.

Ada juga buat kerja kedai seperti merekod dan sebagainya tetapi saya masih dapat menikmati masa lebih bersama anak-anak.

Gembira. Itu sahaja yang boleh saya katakan apabila melihat anak-anak tersenyum gembira bermain bersama. Kebetulannya tok ma mereka pun memang ceria dan memahami orangnya. Mak cik pak cik pun sama. Syukur saya dikurniakan keluarga bahagia walaupun dalam kesederhanaan hampir kepada kekurangan.

Benarlah kata orang bahagia itu paling berharga berbanding wang ringgit. Saya rela bersusah payah mencari rezeki tetapi masih boleh hidup melihat senyuman anak-anak. Kiranya keputusan saya melepaskan jawatan sebagai jurutera projek bukanlah sia-sia. Jika dibandingkan gaji beribu dan senyuman gembira dari anak-anak dan ibu kandung. Tidak ternilai harganya.

Tetapi setiap ibu mempunyai pendirian berbeza. Ketahanan setiap orang berbeza. Tidak semua mampu bertahan apa yang saya mampu tahan. Pada saya, saya sudah biasa hidup susah. Ini bukanlah apa-apa. Yang penting bahagia. Kiranya ada yang memberi masalah kepada saya hanyalah sikap manusia yang menghalang rasa bahagia saya. Yang suka mencampuri urusan peribadi saya. Itu sahaja. Antara saya dan anak-anak, adik beradik dan ibu kandung memang tenang dan bahagia. Alhamdulillah.

Banyak permainan fikizal antara saya dan anak-anak setiap hari di sini, di kampung halaman tanah kelahiran saya.

Damialah yang paling gembira bebas melihat atau bermain dengan ayam, ikan, itik, kucing, lembu dan banyak lagi binatang. Kalau dulu takutkan bunyi ayam jantan berkokok, asal dengar sahaja terus berpeluk dengan tok ma sayang, tapi kini tidak lagi, dia yang kejar ayam tu hari-hari.

Antara aktiviti fizikal lain adalah saya melatih Damia untuk mengkoordinasi tangan dan mata melalui sentuhan jari ke jari secara tepat. Apabila berjaya akan ada bunyi gegaran seperti mode vibrate di telefon menjadikan benda sesenang itu cukup istimewa dan gembira untuk Damia.

Saya juga seperti biasa menyokong perkara betul yang dilakukan anak-anak. Setiap kali anak berjaya melakukan sesuatu pasti saya tepuk tangan bagi sokongan. Damia juga akan terdorong melakukan perkara yang sama, menepuk tangan dengan gembiranya. Lain kali mesti dia ulang lagi.

Mak long, abang epul, kak amalina dan abah jo Damia pun bukan main lagi bagi sokongan untuk Damia belajar dan bermain. Setiap kali Damia berjaya lakukan sesuatu Mak Long (kakak saya yang sulung) pasti bagi high five.

Alhamdulillah, syukur saya mendapat sokongan semua. Yang pasti walaupun ayah berkursus di luar kawasan. Kami di sini bergembira. Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya dan anak-anak bersendirian di rumah. Pasti bosan.

No comments:

Post a Comment