Wednesday, May 20, 2015

Kuatkan Hati

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Seorang wanita dan ibu rela berpenat lelah melakukan apa sahaja demi anak-anak dan suami. Tetapi masyarakat sekarang terutamanya orang-orang tua suka membanding-banding, mematahkan semangat dan cuba memaksa ibu-ibu moden ini mengikut acuan mereka yang kadangkala tidak masuk akal.

Nilai ilmu yang ditimba di pandang rendah. Kata-kata orang tua kononnya adalah lebih besar dari segala-galanya. Malah kadangkala lebih besar daripada saranan hadis Nabi Muhammad SAW dan suruhan Allah SWT. Sampai begitu sekali. Bila dibantah dikata kurang beradab. Bila melawan dikata kurang ajar. Serba salah jadinya. 

Lumrah kehidupan terdahulu ramai yang tidak berilmu, mereka menggunakan kata-kata menakutkan seperti "Jangan menyapu malam-malam, nanti rezeki Tak masuk" atau "Jangan bersanding dua pengantin, nanti tiada rezeki anak" supaya anak-anak mendengar kata. Tapi soal rezeki, jodoh, ajal dan maut kan itu urusan Allah SWT bukan orang tua-tua. 

Kerana rasa tidak selesa, maka pendirian harus dipertahankan. Cara hidup yang betul harus diutamakan. Tetapi dek kerana tidak sependapat dikata tidak mendengar kata, malah segala penjelasan ilmiah juga dipandang sepi.

Jika berterusan begini saya seolah-olah memahami fakta bahawa ramai kaum wanita masuk neraka walaupun begitu besar pengorbanan kaum wanita dalam melahirkan, menjaga, membesar dan mendidik anak-anak. Malah menjaga suami sebaiknya.

Doa saya semoga setiap ibu-ibu tabah dan orang-orang tua diberikan hidayah dari Allah SWT.

----------------

Jika mencari pemainan berbentuk pembelajaran, boleh layari www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment