Thursday, May 7, 2015

Suka Car Seat

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Sejak berjaya meyakinkan Suami tentang kepentingan car seat hujung bulan lepas hati berbunga-bunga sungguh bila ada car seat diutarakan. Ini komen saya pada satu wall post sahabat Facebook yang selalu jadi partner in crime dalam Babywearing.

"Suka topic ni, baru end of last month berjaya yakinkan suami tentang kepentingan car seat. Puas hati bila dapat beli car seat utk dua-dua anak dan pastikan mereka selesa dan selamat.

Si adik upgrade dari baby, utk si kakak je kene yakinkan Si ayah. Berperang jugalah. Tapi Alhamdulillah, niat baik Allah SWT permudahkan. Rezeki untuk anak-anak sentiasa ada.

Kereta kecik je. Memang takleh tumpangkan org dahla."

Bila anak selamat, hati ibu bapa pun senang. Bukan itu sahaja, ummi ayah boleh senang lenang bila anak tentang di belakang. Saya dan suami jenis yang susah mahu tinggalkan anak-anak pada orang, tidak mahu menyusahkan orang pun ada, tidak percayakan orang luar pun ada. 

Selain itu hati pun tidak tenang bila anak-anak tiada di sisi. Jadi, bila dalam kereta inilah kami boleh ambil masa bertenang. Anak-anak pun suka sangat ada seat sendiri. Selesa je mereka dalam tu. Kalau masuk kereta je, dua-dua sibuk ambil mood mahu tidur. Yang penting pastikan perut kenyang sebelum letak adik. Kakak pula lebih senang di uruskan sediakan sahaja makanan atau minuman. Bila Dia mahu dia akan minta. Kalau rasa dia leka membaca, ada masa kami offer.

Alhamdulillah.

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment