Monday, April 18, 2016

Anak Positif

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Seronok ada anak pandai bercakap. 😊

Ayah memang pantang betul masuk KL. Selama kami bermastautin di Nilai lebih 4 tahun ni adalah boleh kira dengan jari turun KL agaknya. Itu pun seingat saya dengan kereta cuma sekali. Naik komuter adalah sekali dua. Itu pun sekejap sahaja sudah ajak balik. 😅

KL dan Jem memang sinonim kan? Semalam ada urusan kerja di tengah Bandaraya KL. Lama juga berkira-kira hendak pergi. Hampir membatalkan rancangan tetapi akhirnya buat keputusan pergi juga. Sebab janji dengan orang. 

Perjalanan pergi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan, tetapi semasa perjalanan balik entah macam mana kami keluar ikut kawasan Lowyat yang sesak. Ayah sudah mula mahu stress, adik pula menangis tidak selesa kerana "poo-poo",  mahu pergi pada ayah.

Kakak Hana pula jadi penenang keadaan; 

Hana: Adik, jangan kacau. Ayah sibuk ni.

Ummi: (cuma mampu tersenyum sambil tenangkan adik). 

Hana sambung lagi; 

Hana: Ayah, you can do it...don't cry! (ummi ajar asalnya) 

Hana terus ulang cakap sampai ayah keluar dari jem. Kadang-kadang dia nampak bangunan tinggi dan dia kata "wow". 

Nampak lampu isyarat merah dia kata "ayah, red means stop!", nampak lampu isyarat hijau "ayah, green! go!" 

Selain tu mulut bising tenangkan ayah, "Ayah, you can do it....don't cry! "

Sudahnya ayah tidak jadi stress pun, hendak tergelak bila anak kata jangan nangis agaknya. Bila keluar dari KL ayah senyum je. Sesuatu yang sukar nak lihat dari wajah ayah kalau masuk KL. Hana memang hebat la! ummi tabik! 😘😘😘

--------------------

Anak-anak boleh bantu kita jadi positif jika kita didik mereka jadi positif. Kadang-kadang anak-anak lah yang mengingatkan kita di saat kita lupa. In Shaa Allah.  

Jadi jika anda tanya tips saya, usahakanlah bercakap positif dengan anak sejak dari dalam perut lagi. Mungkin ada masanya kita kecewa dan tidak mampu jadi positif, merekalah yang akan ingatkan kita. 

Pernah sekali bila saya menangis dan suami pula di luar kawasan berkursus , Hana akan tanya saya "ummi, kenapa?" sambil pegang kat bahu, peluk, tenangkan dan terus bertanya sampai saya jawab dengan tenang. Sesuatu yang saya langsung tidak jangka kanak-kanak 3 tahun mampu lakukan. Saya ingat dia tahu main sahaja. 



Nurul Diyana Mohamed
Ummi yang selalu lupa. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com


No comments:

Post a Comment