Wednesday, April 6, 2016

Child Proof Drawer

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Mujahid kecil makin hari makin aktif, diam cuma waktu tidur dan memang tahap tenaga berlebihan. Lompat sana-lompat sini, lari sana-lari sini. Bila penat minta susu. Dah kenyang sambung balik. Tetapi ummi suka anak-anak aktif. Kalau dia diam baru risau kalau-kalau tidak sihat atau ada agenda tersembunyi. 

Sudah pandai tarik laci walaupun tiada pemegang. MashaAllah..hebatnya anak ummi. Sudah tidak perlu bantuan kakak bagi melaksanakan agenda-agenda beliau. Tetapi ummi memang sentiasa pastikan anak-anak dalam  pemerhatian. Atau paling tidak pun, pastikan tiada bahaya. 

Tetapi semalam Ammar tarik laci laju-laju sampai tercabut laci dan hampir menghempap kakinya. Ummi yang jadi supermom sepantas kilat sambut laci. Ibu mana yang tidak risau akan keselamatan anak-anak. Sudah banyak kali pesan tetapi Ammar masih terlalu kecil untuk faham sepenuhnya. Jadi keselamatan diutamakan! 

Petang ini ummi buat kunci keselamatan pada laci. Hanya guna apa sahaja yang ada di rumah, cuma guna stapler gun, tali recycle dan screw. Idea asal dari internet juga (guna glue gun yang kuat bukan craf punya dan snap button). 

Laci kerja NHD Baby Shop yang ada segala cop mohor, gunting dan segala benda tajam juga ummi pasang juga. Tetapi dengan cara yang lebih simple.  Di bawah ini adalah salah satu idea untuk laci panjang. Selamat mencuba! 😊

www.nhdbabyshop.com

Dapatkan #CADAR_KALIS_AIR(Waterproof Mattress Cover
) yang sangat hebat dalam membantu menguruskan anak-anak kecil. 

WhatsApp 0139747810

WhatsApp 0139747810

WhatsApp 0139747810

No comments:

Post a Comment