Tuesday, April 12, 2016

Membantu Orang Sakit

"Assalamualaikum.... ada lg tak jual cadar mcm yg akk beli hr tu tp akk nk queen size... klau ada brapa hrganya dn akk nk dgn kadar segera boleh tak?" 

Tiba-tiba dapat WhatsApp macam ni. Saya mula paling risau kalau dapat pelanggan yang urgent. Sebab urusan perniagaan #CADAR_KALIS_AIR memang ada kaitannya dengan pelanggan-pelanggan yang tertekan. Ada yang tertekan bila mana tiba-tiba anak kencing tilam. Ada yang tertekan apabila menguruskan orang tua yang sakit. Memang benar mereka sepatutnya lebih bersabar tetapi setiap orang itu tidak sama. Mainan emosi sebegini kadang membuatkan para peniaga terpaksa lebih hati-hati meluahkan kata-kata. 

Saya telah berurusan dengan ratusan dan mungkin mencecah ribuan pelanggan. Dan sebelum ini ada juga data yang hilang disebabkan smartphone yang rosak. Saya semak semula rekod perbualan. Mujurlah pelanggan ini belum lama benar berurusan dan tinggal tidak jauh dari rumah kami. 

Saya masih ingat lagi kali pertama saya hantar #CADAR_KALIS_AIR kepada beliau. Ketika itu sebenarnya kami sudah berhenti buat COD sebab margin untung yang tidak sebesar mana. Tidak cost effective. Suami pula serik kerana selalu mendapat alamat yang kadang-kadang tidak masuk akal. Sampai ke dalam ceruk hutan pun ada perginya. Sekarang kami lebih menfokuskan pada penghantaran melalui pengeposan, COC atau Self Pick Up. 

Berbalik kepada cerita pelanggan tadi, memandangkan masih kami kira dalam jarak boleh hantar jadi kami hantar. Lagipun saya ini kadang-kadang jadi cepat kesian. Kesian yang kadang-kadang memakan diri. Pelanggan ini menjaga ayahnya yang sakit tua. Ketika sampai ke rumah beliau saya lihat ramai orang di hadapan rumah, saya bertanya dalam hati "apa sudah jadi?". Sempat juga flashback kejadian 14 tahun lalu semasa pulang dari sekolah dan lihat ramai orang, rupanya Ayah tercinta telah dijemput Maha Pencipta. Sempat istigfar dalam hati. 

Teragak-agak saya bertanya nama pelanggan pada orang-orang di hadapan rumah. Katanya ada di atas bersama ayahnya, mereka menyuruh saya masuk dan naik ke tingkat atas. 

Tapi syukurlah belum sempat saya naik, beliau turun menyambut kedatangan saya. Saudara mara penuh di dalam dan luar rumah. Rupanya ayah Kak Ijah (pelanggan) sedang nazak. Hendak di bawa ke hospital tidak mahu tetapi mereka sepakat mahu bawa juga. Jadi adik beradik datang ramai-ramai untuk memujuk beliau. Kak Ijah bertanya, boleh akak pasang terus? Saya katakan pada dia, jika kak ijah pakai terbalik dan cadar biasa di sebelah luar sepatutnya tiada masalah. 

Kami berborak seketika, bersalaman dan saya meminta diri memandangkan saya masih urusan di Shah Alam pada ketika itu. 

Banyak lagi pelbagai kisah sepanjang perjalanan kami dengan #CADAR_KALIS_AIR. Bila di ingat semula pelanggan-pelanggan yang dalam kesusahan ini saya jadi kuat untuk terus berjuang membantu insan memerlukan walaupun pelbagai masalah melanda. In Shaa Allah. 

Nurul Diyana Mohamed
Insan yang kuat In Shaa Allah. 
www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment