Friday, April 29, 2016

Kawan Kata Kecil!

29 April 2016, Jumaat. 

Harini memang best. Ada rakan lama semenjak belajar di Universiti sama-sama datang rumah. 

Kali terakhir kami berjumpa adalah di majlis perkahwinan rakan baik kami sekitar 3 tahun yang lalu. Selepas itu tidak pernah jumpa lagi kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. 

Beliau meneruskan kerjaya sebagai jurutera dan saya berpindah mengikut suami ke Nilai, Negeri Sembilan. 

Beliau kata saya sudah mengecil. Siap bimbang saya sakit lagi, saya memang tidak pernah sekecil ini, walaupun kurus! 

Sebab lemak badan tinggi sekeliling organ, walaupun saya kurus, bahagian dada dan peha tetap besar. Yang menyebabkan terpaksa pakai tudung dan baju besar. Sebab nak elak nampak seksi. Sudahnya nampak gemuk! yang mana memang sangat memalukan dan terasa sangat bila ada orang mengata. 😁😁

Alhamdulillah kehidupan kini sudah jauh berbeza. Walaupun mentaliti belum lagi 100% tapi ilmu pemakanan dan gaya hidup sihat ini banyak menyelamatkan saya dari kehidupan masa silam. 

Tetapi tiada satu zarah pun yang bergerak tanpa izin Allah SWT. 

Terima kasih Allah! 

Travelong Kurus Sihat. 
www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment