Wednesday, April 13, 2016

Tips Kurus

Jarang nak update sini kerana kesibukan kerja, anak-anak dan suami. 

Tetapi misi penurunan berat badan masih berlangsung. Walaupun kadang-kadang terlebih kalori tetapi penurunan berat badan masih terbela. Sebab kita dah tahu pengiraan kalori. Jadi kita akan sentiasa beringat-ingat 😊

Malam tadi timbang tapi malas nak mengira sangat. Nak mencongak pun malas. Saya kira tak sampai 8kg turunnya. Rupa-rupanya sudah 8.8kg. Macam tak percaya sebab cuma target 1kg sebulan. Sebab dalam berniaga saya sudah di latih untuk konsisten. Biar sikit asal konsisten. Istiqamah itu ibarat menanam rumput karpet. Makin hari makin selesa dipijak. 

Target tidak perlu besar. Jika kita terus target besar, akal akan mengakal kan kita. Yang penting konsisten. Biar sikit asal berterusan. Kini dalam tempoh lebih kurang 3 bulan sudah turun 8.8kg. Lemak badan (Visceral Fat) turun lagi. Berbanding dulu berat macam YO-YO naik turun. 

Kepada yang ingin menurunkan berat badan, ingat pesan saya. Konsisten. Biar sedikit usaha asal konsisten. Yang paling penting jadikan cara hidup bukannya hangat-hangat sahaja. Dalam misi penurunan berat badan ini saya cuma tukar sarapan dan tambah minum petang guna F1 Shake Herbalife. Aerobic di Club dua kali seminggu ( lebih kurang satu jam setengah setiap kali. Makan tengah hari dan makan malam saya makan nasi, lauk dan sayuran macam biasa. Cuma saya berhenti makan daging. Makan berasaskan ayam, ikan sahaja. 

Ayam saya biasa ambil bahagian dada sebab lebih protein dan lebih kenyang serta kurang  berlemak. Apabila coach beritahu yang daging ambil masa 2-3 hari untuk hadam saya terus berhenti ambil daging. Baru saya ingat kenapa berat badan saya naik mendadak selepas cerai susu anak pertama sedangkan masih menyusu anak kedua (sebelumnya tandem nursing). 

Saya sangat suka makan daging kambing sejak hamilkan anak ke dua. Orang kata ibu menyusu biasa kurus kan? tetapi berat saya naik macam di pam-pam sehingga 72 - 75kg. Sedangkan berat ideal saya cuma 50kg. Itulah kesilapan terbesar saya. Kuat makan daging! Menu wajib setiap minggu mesti kena ada daging kambing. Makan juga bertambah-tambah. Mana tak naik badan macam belon. 😁😁 

Makan nasi cuma sebesar penumbuk, jangan lupa. Jika malam boleh makan separuh sahaja. Tapi kadang-kadang malam saya makan nasi lebih juga. Adakalanya sayur saya masak santan. Tetapi Alhamdulillah berat turun juga dalam 1.3kg dalam dua minggu. Saya kira sekali sekala tidak mengapa tetapi bersederhanalah. 

Semoga sedikit sebanyak tips ini membantu insan yang memerlukan. 

Semoga berjaya! 

Nurul Diyana Mohamed
Masih perlu turunkan 14kg untuk capai berat ideal. 
www.nuruldiyanamohd.com
www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment