Friday, February 6, 2015

Kerja dan Anak-anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Ummi kalut harini.

Bangun pagi ummi kalut masak pulut kuning untuk potluck ayah. Terlupa nak prepare bahan malam tadi sebab balik COD barang terus tertidur masa susukan anak.

Lepas selesai urusan untuk ayah bawa keluar kakak kemudiannya sesambil kemas keta. Sambil carry Ammar.

Pagi ini ummi terlebih rajin bawak anak main belakang umah lagi. Sambil-sambil kemas kereta. Terjumpa mainan sponge bob yang dah lama ada dalam kereta. Rasanya beli masa bawa keluarga makan di Pantai Morib semasa Uncle Zhahir Damia balik tahun lepas lagi.

Saja tegur Damia yang tengah sibuk main kat luar kereta dengan kereta mainan dia. Dialog kami;

Ummi: Kakak, tengok ni. Sponge Bob.

Kakak: Spon bob..

Ummi: erk..

Terkedu sebab tak menyangka dia akan ulang balik dua patah perkataan. Selama ini dia cuma pandai cakap sepatah-sepatah. Dahla mengajar anak menyebut sponge bob.

Memanglah otak anak bagai span. Lagi-lagi kalau melibatkan Sponge Bob (Gurauan semata-mata).

Masuk rumah packing barang-barang kedai untuk dipostkan, siapkan segala resit dan kerja kedai. Dengan kakak jerit-jerit. Sempat lagi melayan sambil bekerja. Ammar dah lena diulit mimpi dalam carrier masa main kat luar lagi. Ummi front carry dia masa tu.Terima kasih Allah, bagi ummi kemudahan guna Baby Carrier.

Sedang sibuk bekerja tak lama kemudian Ammar bangun. Letak dalam car seat yang boleh dibuat rocker. Buat kerja sambil layan dua anak pula kali ini. Siap bekerja terus mandi dan susukan. Dalam nak memandikan Ammar sempat lagi kemas dapur sementara menunggu air panas masak.

Di umur lima bulan, saya masih menggunakan air suam untuk memandikan Ammar. Si kakak dulu sampai satu tahun masih mandi air suam. Sekarang pun kadang-kadang bila cuaca sejuk, masih saya atau suami masakkan air buat mandi. Saya pernah jumpa orang dalam 40 hari pun dah bagi anak mandi air sejuk. Saya tak tahu apa yang alasan beliau tetapi bagi saya agak tidak patut. Kerana semasa bayi kawalan suhu anak masih lemah.

Pernah terbaca satu artikel perubatan suatu masa dulu tentang memandikan bayi dengan air sejuk boleh membawa maut.

Kakak saya sendiri ketua jururawat yang telah lebih lima belas tahun khidmat sentiasa berpesan, ketika anak demam pastikan mandi dengan air suam. Jangan basahkan kepala, lap sahaja. Sebab kepala tempat kawal suhu. Bimbang tambah demam atau lambat sembuh, badan terkejut kalau guna air sejuk. Hanya saranan tidak formal dari seorang kakak yang berpengalaman kepada seorang adik. Kesan selebihnya saya sudah lupa. Nanti saya cari semula artikel dan buat satu post baru. In Shaa Allah.

Tengahari pula, suami cuma balik sebentar untuk rehat dan terus bersiap untuk solat jumaat. Sebelum bersiap sempat suami bantu saya mandikan kakak. Mungkin kesian tengok saya sibuk, terima kasih kepada beliau. Selepas solat jumaat katanya nak ke bank di Bandar Baru Nilai uruskan tentang tugasan koperasi. 

Ummi pula sambung masak rendang untuk makan dengan lebihan pulut kuning potluck ayah, juga sambil back carry. Tak lama kemudian tertidur lagi dalam carrier si kecil Ammar. Maklumlah badan dah segar siap mandi dan menyusu. Banyak betul sleeping dust dalam Soft Structured Carrier (SSC) Ammar.

Kata kawan-kawan, walaupun kita sibuk bekerja, buat perkara selain melayan anak, memang anak senang tenang dalam baby carrier sebab rapat dengan ibunya, dapat dengar degupan jantung yang menenangkan dia.

Terapi kanggaroo care untuk anak-anak premature juga menggunakan kaedah yang sama. Mengikut kajian, anak-anak premature yang menggunakan terapi ini lebih cepat sihat, mempunyai peratusan untuk keluar hospital lebih awal sebanyak 50% berbanding yang lain.

Menjaga anak gaya sibuk memang mudah dengan adanya SSC.

Rugi sapa tak merasa. Onya pun masih ada potongan harga 30% di www.nhdbabyshop.com. Rugi berganda kalau tak beli sekarang. Tak cukup duit tak mengapa. Boleh hubungi saya untuk beli guna sistem kutu atau ansuran bulanan.

Bila Ammar tidur nampak lena betul. Ummi letak dalam katil bayi. Sambung memasak rendang ayam dan beberapa makanan lain guna noxxa. Senang, cepat, mudah dan pelbagai guna. Ummi guna kutu juga untuk beli ini. Dan juga menguruskan kutu noxxa setelah berpuas hati dengan produk yang satu ini.

Kakak bermain berdekatan, bila nampak minat Damia nak susun stok tin susu dan sos. Terus teringatkan Building Block. Ambil dan beri Damia main. Lihat anak main, kemudiannya rasa bersalah sebab terlalu kalut dan sibuk harini.

Saya berhenti bekerja kat luar demi anak-anak. Sambung bekerja dirumah. Belikan banyak learning toys, siapkan khemah untuk kakak punya kawasan sendiri.

Walaupun segalanya dilakukan dengan terbaik dan demi anak-anak juga. Tetapi jauh di sudut hati memang ada rasa bersalah. Terutamanya di waktu sibuk. Sebab itu sebolehnya saya akan tidur awal dan bangun awal bagi menyiapkan lebih banyak kerja sebelum anak bangun.

Walaupun sibuk bekerja, menulis, menunaikan tanggugjawab sebagai seorang hamba dan menguruskan rumahtangga dalam satu masa, saya sangat berharap dan berusaha supaya anak-anak tetap berjaya. Dari orang jaga tak tentu lagi macam mana.

Amanah pinjaman Allah SWT saya cuba jaga dengan baik dengan harapan ibadah saya diredhai-Nya. Cuba didik diri untuk bersolat di awal waktu kerana takut akan balasan Allah SWT sekiranya lalai. Sangat takut. Semoga dari hari ke hari saya, suami dan anak-anak akan jadi hamba Allah SWT yang diredhai.

In Shaa Allah





No comments:

Post a Comment