Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: PenMerah [dot] com
Ketika sedang menguruskan kutipan kutu di Facebook sambil menyusukan Ammar terperasan dua isu menarik di newsfeeds. Rasa tertarik untuk berkongsi.
Ahli kutu Onya saya yang saya kenali sebagai Puan Ayda menulis tentang keinginan beliau untuk menjaga ada dua puluh empat jam sehari. Membaca komen-komen dari seorang rakan beliau paling menarik hati apabila beliau menceritakan tentang bagaimana ibunya menjaga sehingga dapat membezakan cara anak mengikat tali kasut. Menarik bukan?
Selama menjadi ibu bekerjaya dari rumah, saya seringkali menjadi tempat meluah perasaan ibu-ibu bekerjaya di luar akan keinginan mereka berhenti kerja dan menguruskan anak-anak sendiri. Tetapi kekangan kewangan dan cabaran hidup masa kini menjadikan impian itu sukar di capai.
Saya akui menjadi suri bekerjaya dari rumah ibarat menjadi suri rumah dan bekerja dalam satu masa. Semasa anak kecil kesukaran berkerja memang ada. Jika tak kuat kerja terabai. Jika terlalu sibuk bekerja pula, rasa bersalah apabila tengok anak-anak sedikit berdikari. Belum lagi termasuk isu sampingan seperti dikata orang ada ijazah tetapi malas bekerja, dilayan ibarat tiada nilai, terpaksa bekerja hampir dua puluh empat jam, dipandang rendah dan banyak lagi. Jika tidak kuat, saya tidak berada di sini. Jika rapuh sudah tentu telah lama hancur. Tetapi setakat ini Alhamdulillah saya masih kuat.
Saya selalu ingatkan diri saya tidak korbankan kerjaya saya, kesenangan diri, ibu dan keluarga saya untuk perkara yang sia-sia. Saya menyusukan dan menguruskan anak-anak saya sendiri, yang mana tiada satu gaji pun mampu bayar saya. Saya hanya mengharapkan "gaji" dari Allah SWT.
Saya korbankan segala-galanya atas kehendak bersama dengan suami, redha, izin dan sokongan ibu kandung saya Siti Eshah Binti Latif yang setia memberi sokongan dari belakang walaupun menerima pelbagai kata-kata orang. Kami tidak pernah meminta makan dari orang, jadi sepatutnya orang luar tidak layak mencampuri urusan kami.
Saya selalu cakap, hidup seorang ibu pada saya adalah antara mengorbankan anak-anak ataupun mengorbankan kerjaya. Ketika saya kecil ibu saya tidak bekerja, menjaga kami semata-mata. Bila adik bongsu saya berumur empat tahun barulah beliau bekerja, itupun cuma menoreh dan membuat padi kerana tidak mempunyai kelulusan tinggi. Dipaksa berhenti sekolah kerana nenek mahu bekerja, terpaksa menjaga adik-adik walaupun ibu saya adalah antara pelajar terbaik suatu masa dahulu. Saya ini tidaklah sehebat ibu saya, bekerja juga walaupun bersusah payah merangkak-rangkak.
Disebabkan kenangan yang lalu ibu mengalakkan dan memberi sokongan kepada kami belajar setinggi yang boleh, semampu yang mungkin. Alhamdulillah saya suri bekerjaya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) setakat hari ini. Sambungannya In Shaa Allah di masa hadapan. Mungkin dalam bidang perniagaan pula atau bidang pendidikan anak-anak? Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.
Saya mengimpikan anak soleh selohah seperti dalam gambar. Impian dan doa saya untuk anak-anak dan seluruh ahli keluarga saya adalah syurga Allah SWT.
Anak suka ikut-ikut, saya tidak yakin orang lain boleh menjaga anak-anak saya sebaik saya dan ibu kandung saya. Sekiranya saya masih seorang jurutera dan anak menyusu botol mana mungkin saya mempunyai Damia dan Ammar yang bijak dan sihat walafiat.
Syukur pada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment