Menjadi ibu bapa memang tugas yang penuh cabaran tetapi boleh jadi seronok sepanjang masa anda kena caranya.
Petang ini saya terjumpa artikel bertajuk "Kreatif, Lucu Disiplin Anak" oleh Noor Hidayah Shafiee dalam Majalah Wanita edisi Januari 2015. Sesuai dengan pendekatan saya yang suka didik anak secara positif, jadi saya kongsi semula untuk panduan dan peringatan saya serta para pembaca. Antara cara mendidik anak yang dikupas oleh penulis dan saya olah semula menurut pemahaman dan pendapat saya ialah;
1. Implementasi Tidak Kejam.
Saya setuju dengan pendapat beliau bahawa ibu bapa yang positif perlu bijak mendisiplinkan anak. Harus pastikan bahawa implimentasi hukuman adalah tidak kejam cuma berikan sedikit ketidak selesaaan.
Bagi saya hukuman fizikal seperti latih tubi boleh dilakukan tetapi pada pendapat saya lebih sesuai untuk anak berumur tujuh tahun ke atas. Sama seperti hukuman cikgu-cikgu kita semasa masih bersekolah.
Barulah anak-anak lebih memahami apa itu hukuman. Hukuman seperti itu untuk anak-anak bawah umur tujuh tahun lebih kepada boleh menganggu emosi anak-anak.
2. Ambil Sahaja!
Kupasan tajuk kecil ini agak menarik hati, mudah tetapi mungkin ada benarnya.
Sekiranya anak mengingkari arahan seperti tidak mengemas katil atau biarkan barang peribadi berselerakan, buat rampasan. Ambil sahaja cadar, selimut, telefon atau semua sekali.
Dan katakan "Mungkin barangan ini kamu tidak perlukan, jadi biar ibu ambil sahaja". Jika anak mahu semula pastikan anak-anak berjanji tidak akan melakukan perkara yang sama.
No comments:
Post a Comment