Teks: Nurul Diyana Mohamed
Pengalaman perniagaan pertama saya sebenarnya adalah semasa membantu ibu menjual hasil tanaman dari rumah ke rumah ketika masih bersekolah.
Pengalaman kedua saya pula adalah setelah tamat belajar, saya membantu kakak menguruskan kedai menjual barangan ibadah di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor pada Oktober 2010 sebelum mula menyertai Program Latihan Lepasan Ijazah (GP200) yang ditaja oleh Bank Negara Malaysia pada Mac 2011.
Dari situ saya memahami selok belok dunia perniagaan dan urusan borong memborong dengan pembekal kerana sering mengikut kakak dan abang ipar melakukan urusan tersebut.
Setelah tiga bulan melahirkan anak pertama, pada Mei 2013 saya mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan online dari rumah. Membuka dan mendaftarkan sebuah syarikat sendiri dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diberi nama NHDBABYSHOP.
Sejujurnya mendaftarkan Syarikat NHDBABYSHOP adalah satu tindakan yang nekad setelah berbincang dan bermusyawarah dengan suami. Walaupun mempunyai pengalaman dalam perniagaan tetapi saya sebenarnya tidaklah begitu minat untuk berniaga, mungkin juga kerana tiada bakat. Saya nekad memulakan perniagaan bagi membantu ibu di kampung dan sebagai memenuhi kehendak peribadi yang suka bekerja, selain membantu suami dan berbelanja.
Tetapi sikap saya yang suka melakukan yang terbaik dalam setiap perkara menjadikan saya boleh melakukan apa sahaja.
Walaupun merasakan ada yang kurang, saya tetap berjuang meneruskan perniagaan yang ada selama lebih daripada setahun setengah, yang bermodalkan wang sebanyak RM5000 dari simpanan saya sendiri. Itulah antara sebab kenapa saya sangat sayangkan perniagaan ini dan masih meneruskannya sehingga sekarang.
Pada pendapat saya, memang sudah lumrah manusia lebih menyayangi sesuatu perkara atau barangan yang terhasil daripada titik peluh sendiri berbanding didapatkan dalam bentuk hadiah atau secara pinjaman apatah lagi kalau mendapatkannya secara percuma. Kalau terasa hendak berhenti atau putus asa mesti jauh saya berfikir kerana sayangkan modal yang telah dilaburkan.
Perniagaan saya pada ketika itu hanyalah berpandukan
pengalaman menguruskan perniagaan kakak sebelumnya, pembacaan, sedikit panduan daripada rakan-rakan dan cuba jaya tanpa sebarang pendidikan formal.
Kenapa Online?
Mesti ramai yang ingin tahu kenapa saya menjalankan perniagaan online dan tidak memiliki kedai? Para pelanggan juga selalu bertanya dan ingin ke kedai saya.
Tetapi pengalaman menguruskan kedai fizikal kakak saya membantu saya membuat keputusan. Selain komitmen yang lebih tinggi dalam menjaga kedai fizikal berbanding kedai online, Saya juga pernah merasai kesusahan menjaga saudara saya yang masih kecil bernama Qalisah sambil bekerja. Ketika itu kakak saya kerap mempunyai urusan atau perkara yang ingin diuruskan di luar. Jadi sudah tentulah mempunyai kedai fizikal bersama anak bukan pilihan saya.
Saya lebih senang dan bebas beniaga secara online di rumah sambil melayan karenah anak-anak di rumah yang bermacam ragam. Walaupun itu bermaksud kerja saya makin bertambah sibuk kerana menerima banyak pertanyaan dari setiap pelusuk negara, itupun belum tentu rezeki saya. Selain terpaksa berjaga malam memuatnaik gambar dan senarai barangan kerana bimbang diganggu anak semasa di siang hari.
Kebiasaannya di siang hari saya hanya menguruskan perniagaan dan membuat iklan melaui telefon pintar sahaja.
Selain itu, kedai online juga menjadi pilihan kerana lebih menjimatkan kos pengurusan kerana saya tidak perlu memikirkan bayaran sewa pada setiap bulan.
Dalam menguruskan perniagaan, saya banyak bertenang dan bersabar di samping mendidik hati bahawa rezeki saya di tangan Allah S.W.T, sekiranya sudah rezeki saya, sudah tentulah tetap rezeki saya. Sekiranya bukan, saya berusaha sebanyak manapun masih belum tentu akan menjadi milik saya.
Kebiasaanya bagi pelanggan yang tinggal berdekatan sama ada kawan suami atau kawan-kawan saya sendiri, saya akan membenarkan mereka datang ke rumah untuk memilih barangan yang dikehendaki. Saya juga menyediakan khidmat Cash On Delivery (COD) bagi yang berminat terutamanya di sekitar Nilai, Sepang, Putrajaya, Seremban ataupun Bandar Enstek sendiri. Selebihnya adalah melalui pengeposan mengunakan khidmat poslaju untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Menjadi Pengedar Shaklee
Mula bershaklee pada penghujung Julai 2013 dengan memegang posisi pengedar dengan nombor keahlian 971834, tetapi lebih kepada perkongsian kebaikan produk yang masih saya minati sehingga sekarang.
Pernah mengalami masalah kesihatan seperti keguguran rambut yang teruk selepas bersalin, tahap kesihatan yang kurang baik ketika hamil tetapi Alhamdulillah berjaya dikawal dengan bantuan produk kesihatan shaklee dan sudah tentulah ketentuan dari Allah S.W.T yang paling utama.
Selain itu, produk organik shaklee juga menjadi pilihan dalam penjagaan rumah tanpa keraguan kerana Shaklee mempunyai banyak ujikaji makmal dan telah diiktiraf di serata dunia.
Hubungi Saya
Bagi membuat tempahan produk shaklee atau pelbagai barangan NHDBABYSHOP anda boleh menghubungi saya menerusi akaun facebook Nhdbaby Diyana atau Whatsapp ke 013-9747810. Tersedia sepanjang masa 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Tetapi fahami masa sibuk saya kerana saya juga adalah manusia biasa yang berurusan juga dengan manusia biasa. Kebiasaanya akan terus dijawab tidak sampai 24 jam.
No comments:
Post a Comment