Tuesday, September 15, 2015

Bicara Hati Seorang Bekas Jurutera

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Melihatkan kawan-kawan di dunia luar membuatkan saya rindu akan kehidupan bekerjaya di luar. Soal wang ringgit entah jatuh pilihan keberapa kerana bagi saya wang ringgit bukan segala-galanya walaupun segala-gala memerlukan wang ringgit.

Merasai kekuatan: Apabila berjaya menguruskan kerjaya dan anak-anak buah dengan baik. Apabila berjaya meraih kepercayaan dari orang atasan dan bawahan.

Merasai erti berdikari: Apabila berjaya dan berkemampuan menguruskan kehidupan sendiri. Kemahiran memandu mampu dipertingkatkan. Kalau di rumah rasa kebergantungan pada suami. Ke mana-mana suami sentiasa di sisi. Kadang-kadang bukan kemahuan tapi itulah kehendak suami.

Merasa yakin diri: Apabila banyak keputusan yang perlu di buat. Banyak masalah yang perlu ditempuhi. Banyak juga ilmu dan pengalaman yang didapati.

Tetapi semua itu tidak mampu mengatasi erti KASIH SAYANG pada anak-anak dan suami. Jadi, saya masih di sini merempuh kesibukan menguruskan anak-anak sendiri. Setiap ciuman yang diberi dibalas SENYUMAN manis anak-anak yang membuatkan diri kaku untuk melangkah pergi.

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki walaupun hanya di rumah ini. In Shaa Allah.

Amin (Mohon Diperkenankan).

www.nuruldiyanamohd.blogspot.com
www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment