Tuesday, September 22, 2015

Fikiran Tidak Matang

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Dalam hidup ini terlalu banyak kesilapan yang kita lakukan. Kerana ketidakmatangan fikiran kita. Zaman paling teruk adalah sewaktu masih bersekolah atau belajar.

Kita mungkin pernah merasa rendah diri dan tidak bersyukur kerana nama kita dirasakan tidak glamour, hidup kita tidak semewah yang lain, kita tidak sepandai rakan-rakan yang lain dan banyak lagi. Anak-anak kecil selalunya suka membandingkan dari segi material atau apa yang mereka dapat lihat sahaja.

Di manakah silapnya? adakah kerana memang perkembangan fikiran anak-anak kecil begitu dalam proses menuju kematangan? atau kerana anak-anak tersalah didik atau terdidik secara tidak sengaja menilai dan dinilai secara mata kasar? Ini adalah sungguh kompleks. Saya sendiri tiada jawapan.

Bagi saya, kita haruslah tanamkan sikap merendah diri kepada anak-anak. Setiap kelebihan diri bukanlah untuk dibanggakan tapi untuk disyukuri. Setiap kelemahan atau kesusahan bukanlah untuk kita merasa malu tetapi untuk kita diingatkan ketika lupa dan leka bahawa ada insan lain yang lebih banyak kekurangan daripada kita. Dekatkan diri dengan anak-anak kecil di peringkat perkembangan ini dan berikanlah sokongan. Mereka memerlukan kita sebagai ibu bapa, mentor dan sahabat.

Kematangan sebenar terhasil hanya apabila kita berjaya menempuhi pelbagai dugaan dengan tabah dan dapat melihat sisi baru kehidupan yang kita tidak pernah fikirkan sebelumnya. Jadilah mentor yang baik untuk anak-anak. Sokonglah mereka dalam kehidupan walau sesibuk manapun kita. Ini juga peringatan untuk diri saya. Semoga kita sama-sama berjaya mendidik anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

In Shaa Allah. Amin (Mohon Diperkenankan)

Temui kami di www.nhdbabyshop.com dan dapatkan Cadar Kalis Air, lebih baik dari alas tilam di Facebook NHD BABY SHOP

No comments:

Post a Comment