Sunday, September 6, 2015

Hana Anak Yang Baik

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Malam tadi ummi tertidur keletihan depan kerusi ruang tamu atas toto lipat dua melayan adik meragam sebab batuk-batuk.  Ingatkan Kak Hana tidur dengan ayah. Bangun pagi tengok kak hana tak ada ngan ayah. Panic ummi mencari.

Sekali tengok tidur di kerusi ruang tamu semata-mata nak tidur sama ummi dan adik. Tapi tak kacau ummi dan adik.

Terharu hati ummi. Kak hana memang selalu fikirkan adik. Kecik-kecik dah pandai beralah. Memang selalunya kalau tidur nak peluk-peluk ummi tapi sejak ada adik dia peluk belakang ummi sahaja masa ummi susukan adik pun dah boleh tidur. Solehahnya dia. Bagusnya dia.

Walaupun adakalanya ummi hilang sabar dengan kenakalan dia. Tapi itu tak seberapa hendak dibanding dengan kebaikan dia. Kalau dalam sebulan boleh dibuat umpama satu hari berbanding tiga puluh hari. Dalam satu hari hanya sekali kalau hendak dibanding 24 jam yang ada. Cuma ummi sahaja yang mengada-ngada. Hendak semua sempurna. Hana cuma kanak-kanak biasa yang cukup sempurna di mata ummi ayah.

Ya Allah ampunkan aku kerana pernah hilang sabar dengan amanah mu sedangkan anak ini hanya ingin bermanja. Semoga aku lebih kuat untuk menghadapi karenah anak-anak selepas ini. Amin.

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment