Sunday, September 20, 2015

Kerusi Kereta Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet

Penggunaan kerusi kereta atau car seat untuk anak adalah sangat penting kerana kerusi yang sedia ada di buat untuk orang dewasa. Jika diberi gambar perbezaan duduk sahaja sudah nampak betapa pentingnya penggunaan car seat atau booster sehingga umur anak sekitar 10 hingga 12 tahun bergantung kepada saiz badan anak-anak.

Car seat digunakan atas faktor demi keselamatan anak-anak. Tiada sebab lain. Tetapi kelebihan yang diperoleh adalah ibu bapa juga akan lebih senang menguruskan anak-anak. Tidak lenguh memangku atau melayan kerenah anak ke sana-sini dalam kereta yang dilihat amat berbahaya terutama apabila kereta sedang bergerak. Memandu tanpa ditemani suami atau orang dewasa lain bersama anak-anak juga adalah lebih mudah. Tumpuan kita ke atas jalan raya 100% kerana anak diyakini selamat dalam car seat.

Tetapi malangnya masyarakat sekarang telah di set mindanya bahawa memegang anak dipangkuan adalah lebih selamat. Teringat saya ketika melahirkan anak pertama bagaimana payahnya hendak memahamkan suami tentang kepentingan pengunaan kerusi kereta bayi. Saya berjaya hanya setelah sarat hamil anak ke dua, itupun mulanya atas alasan payah hendak menguruskan dua anak kecil jika tiada kerusi bayi. Maka kami beli car seat untuk bayi yang bakal lahir.

Saya lakukan semuanya secara berperingkat. Mempunyai anak lelaki ke dua yang agak semangat tubuh badannya mempercepatkan lagi saya "masuk jarum" pada suami supaya beli car seat untuk si kakak. Kebetulan kakak suka dapat perhatian dan barang sama seperti adik. Apa yang adik ada dia juga mahu ada. Apa yang adik buat, dia juga mahu buat. Ibarat kawan baik.

Ketika upgrade car seat untuk adik suami suruh saya jual car seat adik yang lama dahulu, kemudian baru dia top up duit untuk beli yang baru. Syukurlah walaupun sedikit mengambil masa tapi berjaya juga jual dahulu. Bila beli untuk adik, masuk kereta saya bagi kakak cuba. Kakak suka dan mahu terus duduk dalam car seat, adik pula menangis bila kakak guna car seat dia. Akhirnya ayah terpaksa beli lagi satu. Yeay! berjaya. Kebetulan masa tu ada sales di Alamanda, Putrajaya.

Bila melihatkan anak-anak selesa dalam car seat setiap kali keluar, minda suami berubah. Beliau kini mengakui bahawa itulah yang terbaik demi anak-anak. Berkat kesabaran dan susah payah, akhirnya berjaya juga yakinkan suami dengan kerjasama anak-anak. Saya sayangkan suami dan anak-anak saya. In Shaa Allah sampai syurga.

Semoga kami berjaya mengejar syurga Allah SWT. Semoga kita semua berjaya mengejar syurga Allah SWT. Amin (Mohon Diperkenankan)

Temui kami di www.nhdbabyshop.com atau WhatsApp 0139747810 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment