Wednesday, March 11, 2015

Eksplorasi Bersama Anak-Anak

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Anak-anak perlu didorong dan dipimpin untuk mengenali dunianya. Perbanyakkan aktiviti fizikal bersama anak-anak.

Terkesan saya apabila membaca entri salah seorang kawan yang juga merupakan guru tadika di Facebook. Beliau menyeru ibu bapa membuat ulangkaji pembelajaran untuk anak-anak sekurang-kurangya lima minit sehari.

Tegas beliau anak-anak terutamanya yang dibiarkan bermain ipad atau gadget tanpa kawalan lemah dalam daya mengingat, senang lupa apa yang di ajar.

Sistem motor anak-anak seperti ini juga lemah pada hemat beliau. Betul la tu, apabila anak fokus pada ipad sahaja, aktiviti fizikal kurang, logiklah kalau sistem motor lemah kerana bermain Ipad atau telefon pintar, tiada kemahiran lain diperlukan kecuali kebolehan slide sahaja.

Oleh itu, saya menyeru marilah kita sama-sama memperbanyakkan aktiviti fizikal bersama anak-anak dan mengurangkan kebergantungan kepada pengunaan gadjet.

Memang adakalanya pengunaan gadjet adalah penting sebagai alih perhatian di saat kita sibuk memasak, makan di luar, menghadiri majlis keramaian dan sebagainya. Supaya anak-anak tidak bosan, mengamuk atau lebih senang diuruskan.

Tetapi kita perlu ingat bahawa sesusah mana pun menjaga dan menguruskan anak-anak, segala aktiviti fizikal itu adalah sangat menambah nilai dalam kemahiran motor dan perkembangan minda anak-anak. Dengan bermain dan belajar anak-anak dapat meneroka dan menambah kemahiran atau ilmu baru. Malah, pada zaman ibu bapa menjaga kita dahulu tiada satu pun gadget yang digunakan namun mereka masih mampu menghasilkan kita pada hari ini.

Fikir semula, jika di didik tanpa gadjet dan dorongan fizikal dan mental yang penuh kita rasa hidup ini sukar untuk diuruskan. Dengan latihan yang penuh juga pembelajaran masih susah. Bagaimana pula anak kita yang di didik sedemikian rupa? Bagaimanakah mereka dapat menghadapi persaingan dan merentasi cabaran dalam arus pembangunan yang semakin pesat pada hari ini?

Saya juga masih banyak harus diperbaiki dalam mendidik anak-anak. Sebagai ibu bekerja dari rumah saya masih ada kebergantungan kepada pengunaan gadjet di saat sibuk mengemas, di saat kecemasan seperti perlu ke tandas atau perlu memasak. Buat masa sekarang, saya cuba untuk berubah sedikit demi sedikit, langkah pertama saya adalah menutup astro. Walaupun atas desakan suami kami akhirnya menggunakan njoi tetapi itu lebih baik berbanding astro.

Saya juga banyak menghadkan penggunaan televisyen kepada siaran ilmiah seperti Tanyalah Ustazah atau Tanyalah Ustaz di TV9, Rancangan berbentuk ceramah agama dan perbualan isu semasa di TV Al Hijrah dan banyak lagi. Hanya jarang-jarang sekali kami menonton cerita. Dan yang paling penting, kebergantungan kepada siaran ulangan seperti drama bersiri atau sinetron juga tiada langsung. Kenapa? Sebab itu semua membazir masa saya dan anak-anak.

Saya doakan kita semua dapat menjadi ibu bapa yang lebih baik dari hari ke hari. In Shaa Allah.

Jumpa kami di www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment