Friday, March 6, 2015

Pukul Anak Bukan Ajaran Islam

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Pagi ini sengaja buka Tanyalah Ustaz di TV9 sebagai makanan ilmu. Ia, setiap manusia perlukan makanan rohani untuk meneruskan kehidupan harian.

Makanan fizikal senang sahaja didapati, asal ada bahan sahaja boleh masak guna noxxa dengan cara paling mudah; campak-campak sahaja kemudian setting mode dan masa yang diperlukan. Cukup masa, siap dan boleh dimakan.

Makanan rohani pula hanya boleh didapati melalui pembacaan, audio dan video ceramah agama dan motivasi yang memberi ilmu. Sekarang sangat mudah didapati, buka sahaja televisyen tapi ramai sangat yang terlalu sibuk untuk makanan rohani menjadikan motivasi untuk hidup kelaparan. Sudahnya hidup rasa susah dan perit.

Berbalik pada ilmu yang saya dapat melalui rancangan Tanyalah Ustaz pagi ini yang bertajuk "Anakku Penyejuk Mataku" tapi mengenai anak-anaklah.

Apa yang saya tertarik dan teringin untuk berkongsi dengan pembaca adalah ustaz pemberi ceramah ada menyatakan bahawa memukul anak bukanlan ajaran islam, marah-marah anak juga bukan ajaran Islam.

Saya bukanlah ustazah tetapi apa daripada apa yang diberitahu katanya memanglah Islam ada menyatakan anak berumur 10tahun boleh dipukul (dari lutut ke bawah) apabila tidak mahu bersolat tetapi tiada satu hadis pun yang dijumpai Rasulullah SAW memukul anak-anak.

Hal pukul dengan niat mengajar dari lutut ke bawah sahaja kita selalu lupa. Bila sudah pukul tentulah kerana marah. Tiada lagi niat untuk mendidik kerana Allah SWT. Hentak sahaja tanpa belas kasihan. Semua kerana hasutan syaitan. Jangan kata pukul, kalau marah sahajapun dah lupa diri.

Saya sendiri sentiasa mengawal diri apabila marah, sebolehnya biar hanya gunakan mulut kerana bimbang hilang sabar. Atau buat tidak tahu sahaja. Fikiran saya, setting minda saya, "Anak tidak tahu apa-apa, bila pukul nanti sakit sahaja, nanti ganggu emosi anak". Inilah kata-kata yang ibu saya sentiasa ingatkan kepada kami adik beradik dan yang selalu saya cakap pada suami dan fikir untuk anak-anak. Syukurlah, saya ada ibu penyayang yang selalu jadi sahabat dan pengingat setia.

Terima kasih ma yang tersayang. Harini hari lahir ma. Sekejap lagi mahu telefon ucap kasih sayang. Semalam dah nyanyi-nyanyi sama-sama anak. Awal sehari.

Jadi, saya menyeru diri anda dan saya, walau apa pun berlaku elakkan memukul anak. Kerana itu bukan ajaran islam. Jika tersilap itu tidak apa-apa, kita manusia biasa. Hanya minta maaf pada anak-anak. In Shaa Allah tak jatuh ego kita, malah anak-anak akan lebih menghormati dan menjadi anak- anak yang lebih baik.

Temui kami di www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment