Teks: Nurul Diyana Mohamed.
Suri rumah pun satu kerjaya, pekerjaan yang gajinya amat lumayan tapi bukan kat dunia, di akhirat.
Mana ada suri rumah duduk sahaja goyang kaki, tidur pun tak sempat. Orang keje pejabat gaji ribu riban pun banyak lagi masa siap ada boleh ngular.
Jadi suri bekerjaya dari rumah lagi huru hara. Masa packing barang paling mencabar. Kita pack barang anak pack sama. Bangun subuh hari plan nak buat keje dia bangun sama. Rumah tak tahu berapa puluh kali kemas sepah sehari. Kerjaya yang sungguh sibuk! Tapi saya suka!
Ramai memandang rendah pada suri rumah, dikata tidak bekerja. Kalau tidak bekerja anak siapa mahu jaga? Suami siapa mahu urus? Rumah siapa mahu kemas? Kain siapa mahu basuh? Mop lantai? Makan siapa mahu masak? Kain siapa mahu sidai? Lipat kain? Anak siapa mahu didik? dan banyak lagi kalau nak ditulis.
Sekiranya anda pernah memandang rendah pada kerjaya seorang suri rumah atau anda suri rumah tetapi merasa rendah diri, sila ubah persepsi.
Kerjaya suri rumah la kerjaya paling kaya. Di dunia anda kaya dengan kasih sayang kerana sehingga sanggup mengorbankan segala-galanya demi suami dan anak-anak. Di akhirat andalah jutawan kerana terlalu banyak pahala yang dibuat di dunia.
Keyakinan diri itu penting, yang lahir dari dalam diri sendiri tanpa siapa beri. Yakinlah sayang, redhalah sayang. Allah ada untuk kamu.
Jumpa lagi di www.nhdbabyshop.com
No comments:
Post a Comment