Teks: Nurul Diyana Mohamad
Saya sentiasa ingatkan suami dan orang sekeliling supaya tunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak. Jangan sekali-kali buat perkara yang tidak patut. Seperti membaling bola di kepala anak, bermain cara kasar, sakit menyakiti dan sebagainya. Tapi walaupun telah ditegur ada juga yang berlagak pandai tidak mahu mendengar kata. Kebiasaannya orang luar.
Apa yang paling menyakitkan hati apabila Damia juga sudah pandai bermain kasar dengan adik. Penat betul mahu menepis sebab dua-dua pun masih belum tahu apa-apa. Hendak di marah buat sakit hati sendiri sahaja. Di pukul sudah tentulah jauh sekali sia-sia.
Ketika balik ke kampung baru-baru ini bermain dengan adik sepupunya di buatnya perkara yang sama pada adik sepupunya. Kesian cik Dhiya lawa. Menjerit saya. Padahal bukan selalu pun jumpa hamba Allah yang tak bertimbang rasa tu. Tapi anak-anak memang suka rekod dan buat ulang tayang. Apa yang saya risau dah terjadi, sekarang tengah usaha nak bagi si kakak faham yang perkara tu salah. Susahnye la hai.
Saya benci betul orang main kasar-kasar dengan anak saya. Lagi benci bila anak pick up benda-benda kasar dan buat perkara yang sama pada adik kandung atau sepupunya. Sebab saya dan keluarga saya cukup pantang benda-benda sebegini.
Siapa pernah dengar istilah "Baby Shaken Sindrome"? Boleh sesiapa beritahu saya yang bermain bola hentak ke kepala anak tu boleh diterima akal atau tidak. Tengah marah betul ni. Dah ditegur tak mahu dengar. Anak pula merekod dan buat ulang tayang. Harap-harap jangan ada yang buat kat anak-anak la ye? Anak orang lagila tak boleh. Sebab bukan kita yang beranak. Dan kita tak pernah tahu sama ada mak budak tu suka atau tak suka. Jadi jangan berlagak pandai.
Peringatan buat semua dan cabaran buat saya dalam mendidik anak-anak. Lepas ni kena lebih tegas dengan orang sekeliling. Apa yang saya kata tidak, jawapannya tetap tidak. Saya tak mahu perkara sama terjadi lagi. Mungkin perkara kecik untuk orang lain, tetapi bab akhlak anak-anak ni saya trauma betul tengok anak-anak zaman sekarang, jadi benda ni walaupun nampak kecik adalah perkara besar untuk saya.
Anak saya mesti berakhlak baik. Tiada konpromi bab akhlak anak. Lagi-lagi ini melibatkan kesihatan anak juga. Berapa ramai anak yang terkena "Baby Shaken Sindrome" kerana sikap-sikap bodoh orang tua ni. Jadi, berhati-hatilah. Saya tak pernah suka.
No comments:
Post a Comment