Monday, March 30, 2015

Obsesi Susu Ibu Part 1

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Baru sahaja buat post mengenai Onya di www.nuruldiyanamohd.WordPress.com Berminat Nak baca boleh pergi kepada link yang disediakan.

Harini saya nak cerita tentang pendapat saya dan pengalaman saya mengenai susu ibu.

Kita kalau buat apa-apa pun kena ada ilmu disertakan dengan pengalaman. Tetapi pengalaman saya juga baru tiga tahun dalam penyusuan susu ibu. Setahun pertama semasa mengandungkan Hana Damia saya gunakan untuk mencari ilmu sebaik mungkin. Detik permulaan saya dalam misi penyusuan susu ibu sejak mula-mula hamil. Disyorkan oleh rakan seuniversiti saya bernama Syuhadah.

Beliau berjaya menyusukan bayi bijak bernama sofea sambil bekerja sehingga berusia dua tahun tiga bulan sebelum weaning off secara kasih sayang atas kesedaran sofea sendiri kerana tidak sanggup melihat mama nya sakit kalau beliau masih menyusu. Bijak bukan? Anak susu ibu memang bijak. Mengikut banyak kajian yang telah dibuat perkembangan anak yang menyusu susu ibu adalah lebih baik berbanding yang tidak menyusu susu ibu.

Mengikut amalan dunia perubatan moden. Ibu-ibu disarankan menyusukan anak secara ekslusif sehingga bayi berusia 6bulan dan seterusnya meneruskan penyusuan penuh sehingga dua tahun. Tetapi Islam menyarankan penyusuan ekslusif tanpa makanan sehingga bayi berusia dia tahun. Malah mengikut sejarah, Rasulullah SAW sendiri menyusu susu ibu sehingga berusia tiga tahun.

Walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan tiada nas atau hadis sahih mengenai penyusuan ekslusif selama dua tahun tetapi saya yakin dan percaya obsesi ini benar berdasarkan pengertian Najis Mukhaffafah ini; 

"Najis Mukhaffafah (ringan) adalah najis ringan yang cara menghilangkannya cukup dengan menyiramkan air pada najis tersebut. Najis mukhaffafah terdapat pada kencingnya anak kecil laki-laki yang belum berusia 2 tahun dan tidak makan apa-apa kecuali ASI(air susu ibu).[1] Jenis najis ini disucikan dengan membersihkan dan menghilangkan 3 sifatnya, rasanya, baunya dan warnanya."

Daripada pengertiannya ini saya percaya bahawa tempoh dia tahun itu adalah secara ekslusif.

Dan juga berdasarkan yang tertulis dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 233 seperti berikut;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Jangan menjadikan seorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika sibapa tiada ). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengang persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukanya). Dan jika kamu hendak memberi anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya kepada kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa jua yang kamu lakukan."

Daripada sini pula saya percaya bahawa tempohnya adalah dua tahun. Dan ia adalah perintah Allah SWT Dan bukannya cakap kosong ibu-ibu fanatik atau apa sahaja. 

Tapi Islam itu agama yang mudah, tidak sesekali memberatkan umatnya. Tidaklah berdosa bagi yang tidak mampu untuk menyusukan anaknya. Tetapi sekiranya sihat tubuh badan kenapa tidak menyusukan anak sedangkan terlalu banyak kebaikannya. Saya sendiri baru sahaja berjaya melepaskan susu anak pertama berumur dia tahun satu bulan lebih dan masih menyusu ekslusif anak ke dia berusia tujuh bulan.

Sebelumnya masih menyusu badan walaupun ketika hamil  anak ke dua dan menyusu secara tandem nursing bersama adiknya. Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hak anak pertama saya dalam menyusu susu ibu. Setahun pertama secara ekslusif dan tahun ke dua secara penyusuan penuh kerana kekurangan susu ketika hamil.

Tetapi apabila sudah lahir adiknya dia lah yang jadi pembantu saya menghilangkan masalah bengkak susu dan seolah-olah menyusu ekslusif kembali sehingga dua tahun satu bulan kerana tidak mahu makan.

Bersambung...


No comments:

Post a Comment