Teks: Nurul Diyana Mohamed
Semalam tiada masa untuk menulis memandangkan sibuk menguruskan anak-anak. Tambahan pula pada sabtu malam yang lepas semasa memenuhi jemputan makan-makan pak su dan mak ngah Damia dan Ammar. Entah kenapa ada kucing besar yang tiba-tiba menyerang Damia. Damia memang peminat kucing tetapi kebiasaannya kalau hanya di kedai makan kami tidak akan membenarkan Damia menyentuh kucing.
Pada ketika itu Damia di bawah jagaan ayahnya. Tiba-tiba sahaja di bawa ke meja dalam keadaan berlumuran darah. Saya yang sedang menjaga Ammar di meja makan tergamam tidak percaya. Sudahnya kami terus ke klinik 24 jam dan pulang sahaja ke rumah setelah selesai urusan di klinik. Sudah tiada hati mahu makan. Pak su Damia dah hampir menangis lihatkan anak saudara kesayangan dia sakit. Saya pula di tegur oleh Mak Teh Damia keesokkan harinya.
Ada dua anak terpaksalah uruskan seorang satu. Saya jaga Ammar dan Si ayah jaga Damia. Saya di meja makan sewaktu kejadian berlaku, Damia pula berjalan-jalan sambil diekori oleh ayahnya. Saya sempat berpesan pada suami supaya jaga anak baik-baik kerana keadaan kedai juga agak sesak dengan pelanggan. Siapa tahu lain yang saya risau, lain pula yang terjadi.
Hendak marahkan suami juga tiada gunanya. Saya bukan jenis yang suka marah-marah sehingga kadang-kadang saya risau suami ambil mudah apabila menjaga anak-anak. Kalau mengikut cerita suami ketika itu kucing berada di hadapan Damia dan suami di belakang kucing, kedudukan mereka begitu. Tentu dia tidak sangka kucing itu tiba-tiba akan menyerang Damia. Tetapi kalau saya, lebih suka expect the unexpected.
Bila kita expect the unexpected kita akan jadi lebih berhati-hati. Tentu ada bezanya antara kedudukan suami di sebelah Damia atau di belakang kucing. Kalau suami saya ada disebelah Damia, agaknya kucing itu berani atau tidak mahu menyerang? Tapi semua ini sudah takdir Allah SWT. Saya redha. Mungkin Allah SWT mahu mendidik kami supaya lebih berhati-hati. Supaya kami menjadi insan yang lebih baik. Tolong doakan Damia cepat sembuh dan semoga kami sekeluarga di lindungi dari segala perkara yang buruk.
Berhati-hatilah pembaca semua, expect the unexpected. Pastikan anak-anak anda sentiasa selamat. Sekiranya anak kami di hadapan mata sahaja sudah boleh tercedera, apatah lagi sekiranya tiada di depan mata? Semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya selalu. In Shaa Allah.
Jom membeli belah di kedai online kami www.nhdbabyshop.com
No comments:
Post a Comment