Friday, May 13, 2016

Allah Maha Besar!

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet

Rasa bersyukur sangat harini (hari-hari pun patut rasa syukur). 

Allah SWT tunjukkan kekuasaan-Nya lagi. 

Allah SWT tunjukkan yang dia AL-'ALIIM (Maha Mengetahui) 

Dia tahu yang ada hamba-Nya dalam kesusahan dan hantar kami untuk membantu. 

Sedangkan kami  pada asalnya ada urusan di tempat lain dan sudah membuat aturan yang kami sangka akan berjalan lancar mengikut kefahaman kami. Tetapi tidak menjadi sedangkan kami sudah berada di Highway. 

Dia lorongkan kami untuk melawat saudara yang dalam kesusahan seterusnya membantu urusan beliau sehingga selesai. 

Allah SWT memberikan bantuan pada hamba-Nya yang dikasihi melalui kami. Jika di fikir ia suatu aturan yang sungguh indah. Beberapa hari terakhir ini banyak kejadian yang tidak tercapai di akal kami. Bukti kebesaran-Nya. 

Dua hari kemudian, kami pergi lagi ke lokasi pertama dan berjaya, tetapi anak tiba-tiba demam panas. Rancangan selepas itu ingin sambung bawa anak berjalan-jalan sambil membeli barang dapur tidak berjaya. Kami balik awal. 

Baru sahaja sampai di rumah hujan lebat dan dapat berita banjir di Putrajaya sehingga ada kereta yang hampir tenggelam. Lokasi berjalan-jalan kami. Jika tidak kerana anak demam sudah tentu kami akan terlibat sama. Nauzubillah. 

Ternyata Allah SWT itulah yang Maha Pengatur (AL' BAARI')

Sungguh..aturan dan kasih sayang Allah SWT pada kita Maha Sempurna. Tiada satu zarah pun yang bergerak tanpa izin-Nya. Cuma kita yang selalu lalai dan leka sehingga menyusahkan diri sendiri. 

ALLAHU AKBAR!

Nurul Diyana Mohamed
Gembira dalam menambah nilai hidup orang lain. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

No comments:

Post a Comment