Thursday, May 26, 2016

Training FB ADS KICK START SHAH ALAM

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Baru sahaja selesai sesi dua hari berkampung di Shah Alam menyertai training FB Ads. Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Satu investment yang sangat berbaloi bagi saya. Ada support group setahun bersamaan dengan 35 training (3 kali sebulan) lagi saya boleh pergi di Shah Alam dan Johor Bahru. Jika ada rezeki, In Shaa Allah akan menyudikan diri bagi mendapatkan "Personal Coaching" pula. In Shaa Allah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Senior yang sekarang merangkap Cikgu, Tuan Mohd Shahaeil Nordin yang dulunya di Universiti saya panggil Abang Jaro. Isteri beliau Puan Norshahida Zainal pun tidak kurang hebatnya. Banyak membuka mata saya yang sering malu-malu kucing. Hendak berjaya tidak boleh malu, Kena ke hadapan. Lebih senang orang membeli jika mengenali kita bukan?

Sebelum menyertai Training FB ADS KICK START, saya sangkakan hanya Tuan Mohd Shahaeil yang memberi perkongsian tetapi apabila telah menyertai sangkaan saya meleset. Isteri beliau yang saya panggil Kak Sha juga banyak berjasa dan memberikan rasa "WOW!". Sepanjang seminar, beliau buat saya rindu pada kenangan bersama kakak Norisah Mohamed mempromosi Cadar Kalis Air pada kali pertama di satu program ceramah UAI di Saujana Utama, Sungai Buloh suatu ketika dahulu. Untuk pengetahuan semua, Kak Sha ini bekas jururawat, dan saya rasa jururawat ini dia punya kelebihan berinteraksi dengan pelanggan itu memang "superb" dan berkeyakinan tinggi. 

Selama saya menceburkan diri dalam perniagaan online, saya dapat lihat ramai jururawat dan bekas jururawat yang berjaya dalam perniagaan. Skill bertemu pelanggan selalu itu memang kelebihan mereka!

Dapat bertemu dengan ramai insan-insan hebat dalam training dua hari ini, ramai pemilik produk yang hadir, bakal-bakal jutawan dan yang sudah jutawan pun ada. Satu yang paling tidak dapat saya lupa adalah kemesraan Pengasas Felisa Cosmetic, Puan Felisa M Palis. Nanti beliau akan buat penampilan semula dengan jenama Vensh. Saya memang peminat setia produk semulajadi dari dulu sampai sekarang, jadi bakal peminat setia produk Vensh itu mungkin saya!. 

Dalam begitu banyak cabaran akhirnya berjaya juga tamatkan Training ini. Terima kasih Allah. Hari pertama belum habis kelas lagi ayah telefon Ammar menangis tanpa henti dan tidak mahu minum susu yang di pam. Hari ke dua, telefon mati sedangkan charger lupa bawa. Nasib baik smartphone ayah ummi baru set up messenger apps untuk Cuti Budget Murah, jam 5 petang ayah sudah PM risau hendak check out terpaksa tinggalkan anak-anak jam 6 petang. Jadi terpaksa minta balik semasa sesi soal jawab berlangsung. Itu belum termasuk lagi cabaran bengkak susu dan lain-lain. 

Pengalaman berharga untuk saya dan juga untuk suami. Tapi apa yang terjadi kami ambil sebagai suatu cabaran yang sangat positif, tanpa saya sangka suami izinkan pergi dan tanpa saya sangka suami sanggup berkorban cuti kerja demi menjaga anak. Syukur Alhamdulillah Allah SWT telah berikan saya lebih dari yang sepatutnya. Hanya yang terbaik. Terima kasih ALLAH.

Jika dulu hendak pergi ke Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak berhari-hari saya menangis apabila suami tidak izinkan sedangkan yuran telah dibayar (last minute bagi pergi juga sebab tidak sanggup tengok isteri masam muka). Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak itu cuma satu hari dan suami cuma jaga Hana kerana Ammar saya boleh bawa. Kali ini suami telah rela hati izinkan pergi dari awal demi perniagaan kami, Sesuatu yang berbeza saya rasa apabila menjalankan perniagaan bersama-sama. 

Hari pertama anak-anak tidak memberikan kerjasama dan beliau terpaksa berusaha lebih, tetapi hari ke dua situasi makin baik apabila anak-anak telah mula selesa dengan Ayahnya. Mana tidaknya, anak-anak cuma pernah ditinggalkan selama lebih kurang satu jam setengah pada malam hari dua kali seminggu semasa kelas aerobic saya, selebihnya memang semuanya saya yang uruskan. Semuanya memerlukan masa. Tetapi apa yang membuatkan saya tersenyum adalah ketika dalam perjalanan pulang suami kata "Selama dua hari menguruskan anak-anak, anak-anak makin rapat dengan abang, abang rasa abang NAK bebas masa bersama anak-anak. Boleh bebas main-main dengan mereka macam ni, boleh gilir balik kampung Kelantan dan Johor, Abang NAK sangat ." Allah..terharu rasa hati. Itulah yang kami sama-sama inginkan. BEBAS MASA. Dan untuk kebebasan masa itu kami perlukan kebebasan kewangan dan sistem perniagaan yang betul, yang masih boleh bergerak walaupun kami tiada di lokasi untuk bekerja. 

Ayah Hana dan Ammar memang sangat sibuk orangnya, selain sibuk dengan tugasan hakiki sebagai tenaga pengajar, beliau jugalah yang menguruskan koperasi. Disebalik tanggungjawab besar sebagai kakitangan awam, beliau juga telah mengusahakan bermacam-macam perniagaan demi untuk meningkatkan pendapatan keluarga; ada perniagaan perkongsian, pelaburan dan sebagainya. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Berjaya atau tidak itu biasanya atas faktor ilmu. Jadi jika ingin berjaya, carilah ilmu. Pelaburan untuk ilmu memang tidak pernah rugi, yang ruginya adalah apabila berusaha sendiri dan rugi wang lebih banyak daripada apa yang patut diperuntukkan. Belajar dan bermentor itu memang jalan pintas untuk berjaya. Jalan keluar dari rat race.

Sebab itu kami percaya kunci untuk berjaya adalah terletak pada formula MESTI sebagaimana saranan Dr. Azizan Osman. Mesti kena ada Mentor, Elmu(Emosi dan Ilmu), Sistem yang betul serta Tindakan dan keInginan yang luar biasa. Dan Seminar FB Ads Kick Start ini adalah baby step kami untuk berjaya. In Shaa Allah. 

Masih banyak yang kami perlu diusahakan, mohon doa semua agar mendoakan kejayaan kami agar kami boleh membantu lebih ramai insan memerlukan dengan Cadar Kalis Air, NHD BABY SHOP, Servis Cuti Budget dan Sistem Jualan. Banyak yang perlu di usahakan, setelah semuanya perniagaan sedia ada stabil, In Shaa Allah berniat untuk menggunakan kuasa FOKUS pula. Doakan kami, kami juga mendoakan agar anda semua kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat. 

Amin.

WhatsApp +6013 974 7810 (Diyana)
WhatsApp +6013 974 7810 (Diyana)
WhatsApp +6013 974 7810 (Diyana)

"Peneraju Alas Tilam No.1 Di Malaysia"

================================================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.


Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

🛄 Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

🛄 Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 


No comments:

Post a Comment