Friday, May 6, 2016

Pengalaman Baru

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Saya memang seronok membantu insan yang memerlukan dengan produk dan servis yang saya dan suami jalankan. 

Bulan ini bermulalah perniagaan bersama-sama. Pengalaman baru, melihat suami bersemangat bantu saya berniaga. Pernah kena marah juga kerana salah gaya ayat bicara dengan pelanggan. 

Jika dulu seorang diri berniaga ikut suka, gaya saya bisnes saya. Sekarang bila berdua, buat apa sahaja ada yang memerhati, yang komen, yang tukang kritik. Walaupun tidak kena gaya tapi itu semua pengalaman baru kan?

Bila tengok insan tersayang teruja berniaga bagai suatu keseronokan, ialah berniaga ini jiwa dia tapi kerjayanya mengajar, walaupun seronok juga tapi bila nampak dia melakukan sesuatu yang memang jiwa kita tentulah lain rasanya.

Orang perempuan pula jiwa mereka adalah melihat insan-insan tersayang bahagia dan membahagiakan dia. Yang lain semua letak nombor dua. 

WANITA dan KASIH SAYANG. Memang sinonim. 

LELAKI pula pasangannya PENGHARGAAN. 

Jika hendak disayangi, hargailah suami. Kasih sayang dia perlu juga tapi itu dia belajar dari kita. 

Jika tidak faham boleh cari buku kaunseling "Men Are From Mars, Women Are From Venus" bagi faham.

Nurul Diyana Mohamed
Lelaki dan wanita itu BERBEZA. Jangan sekali-kali anggap sama. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

--------
Ingin mendapatkan Cuti Budget Murah ? tanya kami di 013 715 9522 (En Othman) 

Inginkan sistem jualan bagi menjadikan perniagaan anda dan data pelanggan tersusun rapi? tanya saya di 013 974 7810 (Diyana) 

Ingin lindungi tilam dari anak kencing tilam/Penjagaan anak kecil/Penjagaan orang tua/Anak di asrama/Orang Sakit? 

Tanya saya di 013 9747810 (Diyana) 

No comments:

Post a Comment