Tuesday, May 31, 2016

Kuasa Nak!

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Mengimbas kembali kisah semalam. Berjaga dari pukul 2.30 pagi dan terus bertenaga sampai malam. 

Entah dari mana datangnya semangat, tapi itulah yang berlaku. 

Semalam memang ada tugasan yang diberi Cikgu Mohd Shahaeil Nordin untuk diselesaikan. Tapi malam sebelumnya telah berniat untuk latih diri berpuasa menjelang Ramadhan yang bakal tiba. 

Terjaga uruskan anak pukul 2.30 pagi tetapi sebab bimbang tidak terjaga untuk sahur dan tidak larat untuk berpuasa kemudiannya sebab Ammar masih menyusu badan, tengok WhatsApp juga ada yang pm. Jadi, uruskan pelanggan sambil buat spilt test, sambil bersahur. Sempat juga Ammar bangun menyusu lagi dalam tempoh menjelang subuh. 

Siap split test, tempahan dan pertanyaan pelanggan pula masuk. Jadi uruskan kerja apa yang patut sambil layan anak, sambil layan pelanggan dan deal dengan pembekal sebab besok harga barang bakal naik lagi. Memang patut harga naik sebab harga jualan sekarang memang sangat murah, sudah menyamai harga cadar biasa-biasa. Beruntung siapa yang dapat grab sampai harini, beruntung benar! yang mana sempat follow up dan beli juga beruntung tapi manalah larat nak follow up sampai ratusan pelanggan dalam masa yang singkat. 

Dalam tengahari dah terlintas mahu berehat tapi kakak alumni kuasa bayangan beritahu mahu singgah dari program di Port Dickson untuk COD produk Gel Mandian Bidara Limau Purut beliau sambil-sambil beli Cadar Kalis Air, semangat datang semula! 

Berdepan dengan beliau dan suami yang memang energy luarbiasa hebat, kita juga jadi makin bertenaga. Kuasa logistik dengan izin Allah SWT. 

Petangnya Ayah pergi bersukan macam biasa, dah rasa macam dah penat tapi sekilas sahaja datang, teringat anak-anak yang agak memilih makan entah dari mana datang semangat, buat kentang goreng homemade pula dengan anak-anak sambil masak untuk berbuka, sedangkan sebelum itu memang sudah ada terlintas nak makan diluar. Tapi tak jadi!

Energy luar biasa sampai malam. Lepas Isyak baru berehat sejam dua, terganggu dengan Hana meragam mulanya tetapi kemudian bangun uruskan Poslaju pick up untuk harini dan packing barang siap-siap sebelum sambung tidur. 

Syukurlah dikurniakan insan-insan hebat di sisi; En Taufiq Janudin yang tidak jemu beri semangat dari pagi ke tengah malam, Cikgu Mohd Shahaeil Nordin seperti biasa luarbiasa hebat (jarang sebenarnya saya jumpa jutawan atau bakal jutawan yang senang reply pm macam beliau), kenangan dan semangat yang dibawa Cikgu Norshahida Zainal Abidin semasa Training FB Ads Kick Start By Shahaeil pun masih segar di minda. Terima kasih tidak terhingga buat kalian.

Memang luar biasa hebat hasil kuasa NAK kali ini dengan bantuan insan-insan hebat di sisi. Alhamdulillah dan In Shaa Allah buat sampai jadi!

Bagi yang berminat nak belajar asas FBAds, disyorkan untuk pergi belajar. Ada support group setahun. Training terdekat di Shah Alam 4 & 5 Jun 2016 ini. Menyambut puasa. 

Bermanfaat. In Shaa Allah.

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia" Jom LIKE & SHARE sekarang!
=================================
PROMOSI KOMBO + Free Bib DIBUKA! SAH SEHINGGA 31 MAY 2016 SAHAJA! Hari ini sahaja tinggal!


"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia" Jom LIKE & SHARE sekarang!
===========================
🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.


Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

No comments:

Post a Comment