Sunday, May 8, 2016

Sabar

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sedang berurusan dengan dua tiga orang yang dah berjaya. Level jutawan mungkin.

Payah benar inbox atau whatsapp nak berbalas. 

Sedangkan dia memang ada urusan dengan kita. Kadang-kadang sampai 2-3 minggu sekali balas mesej. 

Kadang-kadang persoalan juga tidak berjawab. Tapi redha sahajalah sebab nak mempercepatkan urusan. 

Rasa dah bersabar setakat ini pun bersyukur benar tapi selalu doa semoga Allah SWT beli lebih rezeki kesabaran untuk diri ini. Sebab kadang-kadang rasa macam terlintas juga nak hilang sabar tu sebab semua urusan kita jadi lambat kan? 

Tapi cuba untuk faham, mereka mesti sibuk orangnya. 😅

Fast Action Fast Results. 

Ya Allah kau berikanlah aku masa yang mencukupi, mudahkan urusanku dan mudahkan urusan mereka yang berurusan denganku. 

Amin..amin Ya Robbal Alamin

Nurul Diyana Mohamed
Dah berjaya nanti tak nak jadi macam tu. Nauzubillah.. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

No comments:

Post a Comment