Monday, May 16, 2016

Potty Train Yang Berjaya

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Syukur pada Allah SWT yang Maha Kuasa kerana dialah yang Maha Pemberi segala kebaikan di atas muka bumi ini. 

Harini ini terlalu banyak benda untuk disyukuri walaupun adik Ammar tiba-tiba muntah dan demam panas tetapi sebenarnya telah banyak nikmat yang dia dah kurniakan buat kami sekeluarga. Apalah sangat teguran yang tidak seberapa ini. Semoga adik Ammar cepat sembuh seperti sediakala. Amin. 

Sekarang nak cerita betapa syukurnya berjaya potty train Kak Hana, 3 tahun. Walaupun agak lama ambil masa tetapi sebenarnya isunya bukan pada Kak Hana tapi pada Ummi Ayah yang kurang yakin. 

Baca sana sini semua cakap potty train ini susah. Jadi ummi ayah jadi terpengaruh. Banyak kali timbul rasa kurang yakin. Sampai buat kerja separuh-separuh. Di rumah tanpa diaper, di luar dah waktu tidur kami pakaikan. Ini menjadikan Hana agak lambat bebas lampin. 

Nasib baik Allah SWT timbulkan rasa bersalah yang amat sangat di hati ummi kerana ikutkan ketidakyakinan yang ada. Ummi tanya pada diri, SAMPAI BILA? sedangkan Hana dah pandai ke tandas sendiri tanpa di suruh. Kadang-kadang hanya panggil minta ummi cuci. 

Hana juga tidak seperti kanak-kanak lain yang mula-mula harus di atur 15 minit sekali. Sudahnya ummi kena marah "Ummi, not yet...nanti kakak nak pee-pee kakak beritahu!". Dan memang betul, bila dia nak ke tandas memang dia beritahu. Cuma awal-awal terbabas itu biasalah, ajar anak ke tandas ni sama juga macam ajar anak belajar berjalan, ada jatuh bangunnya. Itu proses anak-anak belajar. Jadi kenapa perlu rasa ralat? 

Tapi jika pakai lampin on off tu jangan pula di salahkan anak, salah kita sebenarnya yang kurang yakin, yang buat anak konfius. Jika bimbang tilam kotor, ada Cadar Fitted Kalis Air untuk membantu. Kena yakin yang anak-anak kita hebat dan mampu buat. Jika anak-anak minta dipakaikan semula lampin, pujuk baik-baik. Jangan terpengaruh. Lama-lama dia akan faham. 

Tapi jika ibu ayah belum kuat, pakaikan sahaja dulu.  Cuba lagi lain kali. Itu lebih baik dari masing-masing rasa tertekan dan rosakkan perkembangan anak-anak. Jika rasa kuat, buat sahaja. Lama-lama akan timbul rasa yakin tu untuk ibu ayah dan juga anak. Yang penting ibu ayah kena YAKIN. 

Kepada yang ingin atau sedang potty train anak. Semoga berjaya. Jika diimbas semula, potty training Hana tidak susah pun. Sangat senang. Cuma ummi ayah je gelabah lebih. Alhamdulillah kami berjaya. 

Paling senang, boleh buat teknik bayangan. Bayangkan anak dah bebas diaper pun. Dan work for it! 😊😊

Nurul Diyana Mohamed
Kita adalah apa yang kita fikirkan. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

-----------


🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.


Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 


No comments:

Post a Comment