Friday, May 13, 2016

Betulke Saya Ini Bekas Jurutera Projek

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Ada yang seakan tidak percaya yang saya ini sebenarnya bekas jurutera projek. Katanya penulisan saya tidak seperti seorang jurutera projek, lagaknya seperti seorang penulis dari awal. 

Terima kasih kepada yang memuji. Bagi saya, semua yang baik adalah dari Allah SWT. Saya tiada apa-apa. 

Saya masih belajar dan terus belajar. 

Menulis adalah minat saya semenjak dari kecil. Selain guru-guru di sekolah dan belajar secara tidak langsung dengan rakan-rakan penulis, saya ada juga belajar dengan guru penulisan ABDR Puan Masayu Ahmad

Saya memang lulusan bidang kejuruteraan dan pernah bergelar jurutera projek. Resign sebab berimpian ingin jadi isteri solehah kepada seorang suami dan menjadikan  syurga sebagai matlamat. Tetapi impian itu bukanlah semudah yang saya sangka. 

Disebabkan saya biasa sibuk, saya tidak dapat duduk diam seperti orang lain (kerjaya saya sebelumnya sangat sibuk sehingga kadang-kadang pernah balik pukul 10malam hingga 1 pagi). 

Saya juga berniat ingin konsisten menghantar wang kepada ibu setiap bulan walaupun bukan bergelar jurutera lagi dan dalam masa yang sama dapat jaga anak-anak dengan air tangan sendiri. 

Terjebak perniagaan online secara tidak sengaja dan meneruskannya sehingga sekarang. Namun masih belajar dan terus belajar, mungkin belum sehebat Puan Izzat Iman yang bertanya tetapi In Shaa Allah semoga kita semua sama-sama berjaya dunia dan akhirat. 


Amin.

-------
🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

http://minisite.azanis.my/ (Penerangan) 

http://demo.azanis.my/ (Demo) 
Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com. 

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„  Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik. 

Kami pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

No comments:

Post a Comment