Sunday, May 15, 2016

Port Dickson

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Setiap hari kami mohon pada Allah SWT semoga diberikan nikmat rezeki yang halal. Untuk kehidupan yang lebih baik untuk kami dan anak-anak, untuk kehidupan bekeluarga yang lebih baik dan yang paling penting untuk membalas jasa ibu bapa yang telah bertungkus lumus membesar kami. 

Dan hari ini dia belum berikan kami rezeki yang melimpah ruah tetapi dia berikan kami kecukupan rezeki dan nikmat bersabar. Alhamdulillah. 

Sesetengah rezeki adalah lebih baik dari wang ringgit. Contohnya apa yang berlaku hari ini, kami merancang untuk bawa anak-anak berjalan-jalan ke port dickson. Tetapi diduga dengan Ammar yang muntah-muntah sepanjang perjalanan hingga terpaksa singgah di Hospital Port Dickson untuk membuat pemeriksaan. Syukurlah doktor kata tiada apa-apa yang boleh dibimbangkan tetapi masih memerlukan pemantauan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kami bersiap sejak pukul 7 pagi untuk datang awal, kononnya takut panas. Tetapi Allah SWT yang Maha Pengatur berikan penangguhan untuk perancangan yang lebih baik. 

Kami sampai agak lewat, tapi panasnya sekejap sahaja. Selebihnya mendung mengiringi waktu yang sangat berharga. Anak-anak sangat seronok di sini. Dapat pula tempat yang baik. Hanya RM25 untuk sewa satu khemah. Walaupun awalnya ada yang menawarkan sehingga RM50. Memang rezeki kami. Alhamdulillah. 

Setiap hari anak-anak hanya di rumah sahaja. Di rumah pun ummi sibuk dengan bermacam-macam urusan perniagaan dan rumahtangga. Sama juga dengan ayah, sibuk dengan urusan kerja makan gaji dan pengurusan koperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, kadang-kadang ayah lajakkan ke 6 petang bagi memastikan ia lebih berkat. Ayah dan ummi juga sibuk dengan perniagaan yang baru mula hendak menapak. 

Jika keluar juga hanya atas urusan kami berdua, seperti ummi ke kelas aerobik dua kali seminggu, ayah bersukan badminton juga dua kali seminggu dah selebihnya membeli barang dapur. 

Kami suami isteri memang mempunyai jadual yang agak padat kerana mahu kehidupan yang sihat dan misi mengejar kejayaan berjalan seiring. 

In Shaa Allah. 

----------------

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.


Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

No comments:

Post a Comment