Friday, May 20, 2016

Senyum

Kadang-kadang kita banyak berfikir akan betapa kurangnya hidup kita atau  banyaknya kerja yang perlu kita lakukan sehingga terlupa untuk senyum. 

Sedangkan senyuman itu terlalu banyak kebaikannya. Jom lihat fakta kebaikan senyum di bawah. 

1) Senyum buat anda nampak menarik dan manis. 

2) Senyum buat orang disekeliling kita berasa senang dengan kita. Cuba bayangkan kalau kita tengok muka rakan kita kelat sahaja. Ada yang suka? 

3) Senyum boleh tukar perasaan. Apabila tersenyum. Emosi negatif juga akan menjadi positif. Ingin menarik perkara-perkara positif? Jadi senyumlah! 

4) Senyuman anda boleh membuatkan orang lain juga tersenyum. Bila kita senyum pada orang, tentu orang itu senyum balik bukan? secara tidak langsung, kita menceriakan hidup orang lain. 

5) Senyuman boleh menghilangkan stress. Jika anda bersedih atau stress, cuba senyum dan fikir baik-baik. Pasti ia akan buat perasaan anda lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa senyuman boleh memperdaya tubuh badan sehingga perasaan berubah. 

6) Senyum boleh meningkatkan imunisasi badan. Ada kajian menunjukkan senyuman boleh membuatkan sistem imunisasi badan dapat bekerja dengan lebih baik. Tidak mustahil kesakitan anda juga boleh sembuh dengan tersenyum. 

7) Senyuman melepaskan Endorphin, pemati rasa semulajadi dan seratonin. Ketiga-tiganya adalah hormon untuk mengawal rasa sakit. 

8) Senyuman menjadikan kita awet muda. Senyuman menggerakkan banyak otot, otot kita akan terlatih dan memberikan face lift semulajadi. Dengan banyak tersenyum, anda boleh nampak awet muda. 

9) Senyum membuat anda kelihatan berjaya dan tidak mustahil anda akan benar-benar berjaya. Orang yang tersenyum menampakkan sifat percaya diri dan boleh dipercayai. Senyum apabila berjumpa pelanggan, In Shaa Allah rezeki anda akan lebih baik. 

10) Senyuman buat kita berfikir positif. Cuba senyum sambil fikir negatif. Pasti susah nak senyum. 

Terlalu banyak kebaikan apabila tersenyum. Sungguh! 

Dulu semasa menjadi fasilitator semasa minggu induksi di Universiti, sepanjang minggu tersenyum kerana melayan pelajar-pelajar baru dan ibu bapa. Memang rasa hidup adalah lebih baik. Kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga sekarang. 

Masa Hana masih bayi, saya perasan apabila saya senyum, Hana akan turut tersenyum. Semenjak itu saya selalu senyum apabila melayani anak-anak. Memang mereka akan senyum balik dan buatkan saya yang kepenatan atau ada masalah juga berasa lebih baik. 

Terima kasih ALLAH SWT kerana mengilhamkan senyuman buat kita semua. 

Senyumlah! Pasti hidup anda akan lebih baik! In Shaa Allah. 



Nurul Diyana Mohamed
Allah, ajari aku supaya tidak lupa tersenyum. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

--------


๐ŸInginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.


Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

๐Ÿ Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

๐Ÿ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

๐Ÿ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

No comments:

Post a Comment